UMur Margareth Pada Hari Ini


2011-05-11

Praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Afzan

Starting from 9th May' 2011 , aku dah start menjalani sesi praktikal di sekolah yang aku pilih - Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Afzan . Sekolah ni merupakan sekolah perempuan . Tapi , segelintir murid tak seperti perempuan pun . Hahaha ~ 

1st day aku pergi ke Kuantan is on 4th May' 2011 . Masa tu , memang aku tak nak pergi pun . Sehari sebelum keberangkatan aku ke sini , aku menangis sepanjang hari . Rasa tak tenang menyelubungi diri . Maybe takut nak face praktikal , face the new environment kot . Maybe . Tak tahu sebabnye . Tapi bila dah sampai kat sini , agak ok lah . Jiran sebelah (owner rumah sewa ni) , pun ok jugak . Indian . Walaupun nampak strict , tapi overall , memang ok . Hope will be ok sampai aku habis praktikal kat sini lah ye . ;)


Aku dan si Steff ni mula melaporkan diri di SMK Tengku Afzan , last Friday (6th May' 2011) . Mula-mula tengok keadaan sekolah , memang biasa je . Lagi ok sekolah kat tempat sendiri . 5 stars gitu . Haha ~ Bilik guru kecil je . Kalau dibandingkan dengan bilik guru di sekolah sendiri , memang 3x ganda kot lebih besar daripada bilik guru di sekolah disini . Huhu . Pergi ke sekolah , jumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran - Encik Mohd Najib cause mase tu Pengetua tengah on cuti . Cuti sakit . Nak tahu siapa Pengetua sekolah tu ??? Haa ~ Mase aku 1st tahu pun aku memang agak takut dan cuak plus terkejut . Haha ~ Ye lah ,

Pengetua sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Afzan ialah ISTERI MENTERI BESAR PAHANG - DATIN SERI DIRAJA DATO' HAJAH JUNAINI BTE KASSIM .
  
Haa ~ Mateiii nyawa . Haha ~ 1st tengok die mase perhimpunan harian , muke die agak strict lah . Bila dah jumpa and berbual-bual , nampak ok jugak . Peramah . Tapi don't jugde a book by it's cover . Am I right ? Surely right . Hahaha ~

Cikgu-cikgu kat sekolah tu pun overall semuanya ok . Ada juga senior-senior yang sedang menjalani praktikal kat sana . So , berbaik-baik lah dengan dieowang . Hehe ~ Murid pula ada yang ok , ada yang tidak . Hurm . Normal lah kan . Aku tak tahu macam mana lah aku nak mengajar selepas cuti nanti . Ada murid yang berlagak pandai . Ada yang agak bebal . Ada yang ok . Tadi aku masuk kelas 2D . 1st class . Walaupun tak mengajar tentang topik baru , tapi aku sentuh pasal topik yang mungkin akan keluar dalam exam pertengahan semester dieowang . Tadi aku bawa kelas tu pergi buat aktiviti " Etika Makan" . Mula-mula agak boring cause aku just suruh dieowang buat demo . Tapi tak beli makanan lah . Demo macam tu je . Tapi guru pembimbing aku cakap , kene buat gak macam cara sebenar . So , aku suruh dieowang p kantin . Beli makanan dan amalkan etika makan yang betul . Bukan main seronok cause dapat makan awal kan . Cakap sayang kat aku lebih . Hahah ~ Budak-budak ni . Memang buat aku pening . Dieowang macam sukakan aktiviti berbanding dengan pembelajaran di dalam kelas . Aku ni tengah ketandusan idea macam mana nak ceriakan suasana kelas . Haiss . Takpa2 , nanti aku try fikirkan pulak .. Hurm . Budak2 ni banyak celoteh jugak . Siap tanye nama aku kat Facebook ape . Aku cakap carik sendiri lah . Hhaha . Malas nak layan soalan mereka tu . :P

Lepas tu aku masuk pula ke dalam kelas yang agak pandai - 2B . Ada budak ni memang keras kepala , berlagak pandai . Aku tahu lah dieowang memang speaking . Rasa macam nak naik hangin je aku tadi . Dieowang tak boleh dibiarkan berlemak . Walaupun banyak soalan , tapi kadang-kadang aku just ignorekan je . Tak bagi dieowang keluar ramai-ramai p tandas . Ada lah budak sorank ni buat muka ala2 memberontak kat aku . Aik . Kesah pulak aku. Then bila Cikgu Amy masuk , dieowang report . So what ? Ikut cara aku lah nak mengajar macam mana nanti . Samada dieowang suke ke tak , they have to follow me . Hahaha ~ Harus diberikan pengajaran dan zalim sikit . Kalau tak , dieowang takkan takut and akan pijak kepala nanti . Balik tu , budak yang selalu sangat tanya soklan kat aku and yang buat muka memberontak tadi , minta maaf . Die cakap " Teacher , sorry for what I've done just now." Haa ~ Tau pun kesalahan diri sendiri . Aku tak banyak cakap . Just senyum dan angguk je . Hahaha ~ Padan ! Ok2 , ape2 nanti aku updata lagi oke . Sememangnya akan banyak yang aku akan update . Tapi tengok lah bile aku free ok . :)

2 comments:

  1. best juak hO stOry ktk tem udah praktikal ... update mOre . Oke !!

    ReplyDelete
  2. Nazilla : hehehe .... ote2 ... will update it sooner ... don't worry .. heheh .. :))

    ReplyDelete