UMur Margareth Pada Hari Ini


2010-10-10

10.10.10



Lama dah kot aku tak updating blog aku ni . Macam - macam yang aku nak cerita . Tapi persoalannya , SELAMAT ke ? Aku cuba lah ceritakan apa yang termampu aku cerita . Yang lain tu biarkan lah aku simpan sendiri di dalam lubuk hatiku . :)

1. Percintaan
    Seperti yang kita semua telah ketahui , percintaan merupakan salah satu daripada kewajipan dalam kehidupan seseorang . Tuhan telah mentakdirkan agar setiap manusia di bumi ciptaan-Nya hidup berpasangan . Begitu juga dengan aku , Tuhan telah memberikan aku pasangan hidup . Apa yang aku terkilan , selalunya percintaan aku tu selalu berakhir dengan perpisahan. Kenapa susah sangat bagi aku untuk bercinta lama - lama ek ? Aku pun hairan . Terbaru , aku telah clash dengan pasangan aku . Terus terang aku katakan , aku terima dia macam tu saja . Balas dendam ? TIDAK . Jauh sekali membalas dendam . Secara jujur nya , aku memang seorang insan yang mudah menerima kata cinta daripada orang lain . MEMANG BAHAYA . Dah cuba tok elakkan , tapi aku tak tahu bagaimana caranya . Kalau aku dah clash , pasti akan datang insan lain yang akan menghulurkan kasihnya. Dan seperti biasa , aku akan menerima . TAPI bila sampai aku sedar bahawa aku hanya suka pada pasangan hanya untuk sementara , aku akan melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri. Di situ, pasti akan timbul penyesalan dalam diri. Kenapa aku nak jadi sampai macam tu ? Aku pun tidak tahu . Yang mengerti perasaan aku ialah DIA sahaja . 

2. Gangguan
    Yang ini memang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Nak dijadikan cerita , kelas tumpuan (Tanaman Industri) telah mengadakan lawatan ke ladang getah (Lembaga Getah Malaysia). Di situ ada penceramah yang  membantu kami. Mula-mulanya ingatkan penceramah itu baik orang nya. Dia siap berikan nombor telefon dan alamat facebook kepada kami semua kerana menurutnya , kami boleh bertanyakan apa-apa soalan sekiranya kami ingin mendapatkan maklumat lain. Aku balik terus view profile facebook dia , then add . Dia plak ada 2 akaun . Setelah add , tekejut bukan kepalang aku melihat gambar aku ada kat wall dia. Sial betul . Memang tak boleh blah ! Rupanya dia telah mempunyai family dan sanggup pula dia memperlakukan family dia macam tu ? Lelaki . Tu lah aku post dekat wall post aku , aku cakap ""Hey married man , get lost of my life . You got your own family , just go and take car you own family . Stop disturbing my life" .. Naaa ! Penangan aku bila dah marah . Then satu lagi yang lucu , aku siap minta tolong Apek (Aldrige) menyamar sebagai kekasih aku . Aku terus tukarkan relationship Single aku kepada In Relationship . Hahahhaha ! Sengal punya . Nak selamat kan . Then yang aku takut sekarang ini , sekiranya dia gunakan ubat guna-guna atau apa-apa . Dia mempunyai gambar aku , then dia boleh membuat apa sahaja yang dia suka . Oh GOd , i make a pray , please protect me with yur guidance . Hope dia tak buat apa-apa yang teruk lagi daripada itu . AMin ! 

4.Assignment

    Ni satu lagi benda yang selalu memeningkan kepala hotak aku . Memang tak leh lari daripada masalah yang satu ni . Memang macam terbiasa makan nasi . Makanan ruji . Hahhaa ! Bila tension , aku selalu terasa sangat down . Terasa ingin balik ke Miri . Kenapa ya ? Huh . Aku selalu rindu kat mak aku . Selalu gak menangis sendiri . Tapi apa yang termampu aku buat ? Just pendamkan . Tapi sekarang, kebanyakkan assignment telah aku selesaikan walaupun last minit aku siapkan. Macam assignment Fotografi , memang lega gila setelah cd tu disubmit . Sebelum itu , macam-macam bentuk penghinaan daripada Encik Bugi ! Shit ! Pukek betul Encik Bugi tu . Memang sial lah . Rasa nyak bagi penampar kat muka en.Pukek itu . Gosh ! Mid-term tok Penyediaan Makanan pula , akhirnya telah berjaya aku lakukan . Beberapa jam sebelum exam , aku , syera dan echa pergi ke pekan . Pergi temankan aku buat kad Bank Islam . Then atas niat murni mereka , aku telah belanja makan KFC . Wow ! Haha ! Kat situ, kami bertiga telah sama-sama mengulangkaji pelajaran . Walaupun bising tempat tu , tapi kami bertiga dapat pula study , Memang hairan binti ajaib . Nanti kalau kat rumah , jangan harap nak study .. Sikit-sikit main facebook , sikit-sikit mengantok . Hahaha ! Memang besh study group macam tu . Len kali boleh buat macam itu lagi lah ek ... :)

Read more...