UMur Margareth Pada Hari Ini


2011-03-05

Kisah hati saya :)


Setiap malam , saya akan SMS awak . Walaupun awak dah terpengsan awal daripada saya , namun saya tetap akan wish goodnyte kepada awak . Walaupun awak dah tidur nyenyak masa tue . Saya tetap akan SMS jugak . Saya nak awak tahu betapa saya merindui awak setiap masa .

Saya dulu pernah beri awak CUPCAKES kan ? Lagi satu wangi kan ? Haa ~ Itu lah hadiah yang saya bagi kat awak . Saya nak awak tahu , walaupun simple je hadiah tu . Saya ikhlas tau awak . :) Saya nak ada satu kenangan bersama dengan awak . Walaupun usia perkenalan kita masih baru lagi , saya nak awak selalu ingat kat saya . Walaupun saya hanya ada BAJU awak saja . Baju itu sangat bermakna buat saya . Saya tidak pernah lenggang dari baju itu . Sebab , kalau saya rindu kat awak . Saya akan peluk baju tu puas-puas . :)

Kadang-kadang saya tertanya-tanya awak pergi menghilangkan diri ke mana ? Cuz seharian awak tak mesej saya . Apa yang saya mampu fikir ialah . Mungkin awak busy . Sebab tu lah saya tak nak ganggu awak . Walaupun pada hakikatnya saya sangat merindui awak .

Andai satu masa saya dah tak jumpa awak lagi . Saya harap awak akan selalu merindui saya seperti masa-masa sekarang . Saya harap awak akan selalu ingat saya walaupun hadirnya saya di dalam hidup awak hanya seketika cuma . Saya harap awak akan selalu ingat akan kenangan kita . Walaupun tak segempaq mana pun kenangan itu . Saya harap awak tak pernah akan melupakan NAMA saya . Walaupun satu hari nanti awak terpaksa melupakan saya . Kerana saya hanya nak awak tahu satu hal . Iaitu SAYA TIDAK PERNAH LUPA MENCINTAI DAN MENYAYANGI AWAK . :)) Awak lah satu-satunya bahagia saya .
Read more...

Cinta tidak memerlukan sebab





Sebuah ceritera keikhlasan cinta seorang suami terhadap isterinya.....

Isteri : Mengapa abang sayangkan saya? Mengapa abang cintakan saya? Mengapa abang menyukai saya?

si suami tersenyum mendengar soklan si isteri, lalu dengan tenangnya si suami menjawab...

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi, mencintai dan menyukai Sayang!

si isteri tidak berpuas hati dengan jawapan si suami lantas berkata...

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang, cinta dan sukakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

si suami meyakinkan isterinya...

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

si isteri mula berasa curiga dengan jawapan si suami lantas meninggikan sedikit suara...

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan terlantar koma......
Read more...

Embrassing ! Ouh shit !


Hah ?! Apa yang embrassing nie ? Nak tahu ke ? Nak tahu ?? Jom ce citer ! :)) Tapi nak sound awal2 . Takde yang kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia . :)

Hari ni ( Sabtu ) , aku g ar etot seminar Pendidikan Teknik dan Vokasional kat kampus ( E-Learning) anjuran Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional . So , awal2 pagi dah si Ecah ni bangunkan aku . Siap kol lagi tu . Aku kalau dah tidur mati , memang tak bangun dah . Tu lah tak dengarr si Ecah ni kol . Sori yerk :)) Then , around kol 6.45am baru aku bangun . Malas nak bangun before 6.45 tu . Aku siap golek2 atas katil lagi . Siap mimpi lagi sementara nak tunggu 6.45am tu . Hehe ~ :) Lepas tu kan .. Bersiap-siap lah . Pakai baju kebaya kaler maroon aku tu . Then match plak dengan seluar slack hitam . Memang nampak vogue lah . *Masuk bakul angkat sendiri* . Haha ~ :))

Then , pakai kebaya make up comel2 naik pulak motosikal . Merempit dengan minah sorang ni , Syue . Hehehe ~ Kasi antam lah labuuu . :P . Oke . Sampai je kat kampus around kol 7.50am camtu lah . After that , terus pergi ke tingkat 5 . Bilik konvensyen . Semua berkumpul kat sana . 

Lepas tu , event start around pukul 8.15am like that . Sementara menunggu penceramah memberikan ucapan , aku sempat lagi melukis gambar Domo :) . Ye lah . Mengantok . Memang mata nak tertutup je . Dah lah duduk di bawah aircond . Sejuk pulak tu . Tak tahan . Masa ni lah perut aku mula memulas . Bukan nak berak . Tapi nak coming moon kata omputeh nye . Kalau dalam BM , nak datang bulan . Haa ~ Mula lah aku tak sedap nak duduk . Sakit tu , memang tak leh tahan . Tambah pula duduk kat tempat yang sejuk kan . Rasa nak cramp pulak perut aku . Aishh ! Aku dok tahan . 

Masa tu aku rasakan angin nak keluar . Bukan angin KENTOT oke . Tapi angin ape ntah . Tak tahu aku macam mane nak describe kan tok korank . Angin tu seboleh-bolehnya aku nak tahan bio tak keluar kan . Ye lah . Kat dewan . Takkan nak lepas camtue je . Aku tahan sedaya mampu aku arh . Tiba-tiba 'benda' tu  terkeluar . Prooootttttss ! Alamakkkkk ! Tak leh nak elak dahh ..  ' Benda = Angin yang aku tak tahu nak describe ' . Alamak ! Tahan malu Margareth . Nak tahan malu apenye . Dah terkeluar kan . Merah padam muke aku . Member sebelah , si Syue ni dah terkekek gelakkan aku . Hampeh ! Bukannya nak tolong member . Makin galak ketawakan aku adalah . 

Aku dengar member-member kat belakang dah gelak . HAhaha ~ Shit ! Memang sial . Yang si angin tu nak keluar time tu jugak watpe ????? Memang bagi aku malu lah . Kalau lah angin tu boleh kene saman kan , memang aku dah saman terus . SAMAN MALU !! Orang cakap jangan keluar dulu , dia pulak tak sabar-sabar nak keluar . Aku dah bayangkan ape yang orang akan cakap . Cetss ! Minah ni kiut2 dah , lawa2 dah . Tapi KENTOT ! hahaha ! Cilake tol ! Aku bukan kentot oke . Aku just mengeluarkan angin yang aku sendiri tak dapat nak describe . Maybe penangan nak datang tu lah kot . :)) 

Then , aku tak tahan dah . Sakit sangat kan . Aku dan Syue terus blah . Tak sanggup nak facing muke2 member yang dok kat belakang yang mendengar dengan jelas bunyi yang aku lepaskan itu . Muahahahahhahha !!!! Bongok ~ Aku berharap sangatlah mamat-mamat kat belakang sebelah sana tu tak dengar . Dengar kot kalau steff dan ecah dah dengar . 

*END OF MY STORY*

Read more...