UMur Margareth Pada Hari Ini


2011-03-13

Bila Maaf tiada nilainya Lagi


Bila sebuah kemaafan tiada bernilai lagi ... Itu tajuk entry yang aku nak kongsi bersama pada hari ni . Seperti post-post yang lepas , aku banyak mentionkan pasal perkataan " MAAF " tu kan .. Hurm . Lagi hari ni . Perkataan maaf itu tak lepas lagi . :)

Semalam , si ex Awie , Elisa ade hantar message kat inbox aku . Die cakap die dah putus dengan si Awie . Aku dah tau , cuz ayah Awie pun inbox aku gak . Cakap yang dieowang dah putus . Hurm . Elisa cakap , Awie tak layan die pun . Die try nak jernihkan keadaan . Tapi Awie ignore je . Macam tu lah kan . Tingginya ego seorang lelaki . Bila salah sikit , mula nak tunjuk ego . Mula nak cari kesalahan pasangan die . Tak boleh ke nak berbincang bagus2 elok2 ? Aku tau cuz aku pernah berkapel dengan si Awie tu lah . Bila kita sayang sangat2 kat orang tu . Tiba2 dugaan melanda . Si dia pula nak sangat tunjuk ego . Naper ek ? Adakah ade orang lain yang dah mencuri hati nya ? Aku pun tak tahu . Tapi kebiasaannya itu lah yang berlaku . 

Dulu bila aku nak betulkan hubungan aku dan Awie , die tak nak . Die wat gak sama seperti yang die wat kat si Elisa . Tak layan . Sampai 3 minggu message tak dibalas . Kol tak angkat . Aku sampai mengadu kat kakak ipar aku kat JB . Kan die rapat ngan family aku kat sane . Nangis2 . Sampai aku hilang fokus dalam study . Memang aku terase down giler2 . Dah tak tahu nak wat ape . Sayang kat die punye pasal arh . Tapi die wat bodoh . Siap berkomen2 dengan pompuan lain kat facebook lagi . Tanpa rasa bersalah langsung . Bile ingat balik perkara tu , sakitnya hanya Tuhan je yang tau . Boleh buat aku menangis lagi perkara tu . Now . die nak aku balik ke pangkuan die . Dah tak payah dah bende tue . Walaupun member2 aku galakkan aku sambung balik dengan die . AKU HANYA DATANG SEKALI SEBAGAI INSAN YANG ISTIMEWA DI DALAM HIDUP SESEORANG . Itu prinsip aku . Lepas tu , aku hanya mampu menjadi seorang sahabat .

Dan peristiwa itu berlaku lagi sekarang . Not with Awie . Tapi dengan orang lain . Tiap2 malam sebelum aku memejamkan mata . Aku pasti akan ditemani dengan air mata . Kadang-kadang aku membusykan diri tuk tak menangis tak sedih . Aku tak mahu tunjukkan yang aku ni lemah sangat . Walaupun pada hakikatnya aku sememangnya lemah . Aku berharap sangat semuanya berlalu dengan cepat . Samada positif ataupun negatif . Aku terima seadanya . Tapi tolong berterus terang dengan aku kalau dah tak sayang . Please . Aku tak nak sakit2 macam ni . * menangis * . Ishh ! Udah2 yah menangis yett ..... Oke . Chiow dulu . Nak cari ketenangan di luar ... 

0 pot pet pot pet:

Post a Comment